Thursday, March 31, 2011

Aku & The Red WARRIORS...



Aku & Piala Sumbangsih

Aku & Piala Malaysia
Lama asenye x wat entry baru niee..tetbe lak trasa nk tulis tentang team kebanggaan rakyat kelantan..xkisah la walau dimana rakyatnya...dalam negeri kelantan..luar dri kelantan..dalam negara..luar negara..pasti The Red Warriors menjadi kebanggaan kami anak kelantan.


Aku pn xtau nk ckp cane aku leh terjebak lam kancah bola sepak nie...tp aku pasti minat terhadap bola sepak nie memang sudah ada..cuma xde kesempatan tuk mengikutinye...kdg2 xde partner nk diajak berbual sal bola...skrg bukn stakat aku yg layan bola nie...leh ckp satu fmly dh layan bola..cuma xde la segila aku sampai stiap kali game kt kb wajib ke stadium...lau dulu2 adik lelaki aku yg jd mngsa kne jd bodyguard aku time g stadium...maklumlah..stadium tu ramai org lelaki...kehadiran segelintir kaum hawa di stadium nie mnjadikan sesuatu yg pelik bg kaum adam...tp yg xbape menyenangkan aku kne support semuanya tuk dia..termasuk tiket,..makan minum pas game...kira makan tanggung berak cangkung la....tp..bola punye pasal..aku xkisah...kdg2 sampai kne jolok duit simpanan derrrrr....



Tapi skarg dh len cite...aku dh xperlukan khidmat bodyguard lg tuk g stadium...hahaha...yg best aku xyah nk support2 org ag...ko nk g tgk bola...ko usaha sndri...huhuh..skrg penyakit melayan bola di stadium nie dh berjangkit kat adik pompuan aku..so aku dh berpartne ngan dia lak g stdium...lgpn suasana di stadium skrg dh xsame cam dlu,...dh ramai kaum sejenis aku berkunjung ke stadium tuk menyaksikan game stiap kali TRW main...skrg bola sepak dh jd sukan tuk riadah bersama keluarga...dh ramai aku tgk org2 bw anak2 kecil ke stadium...


Aku & partner @ adik aku...
Aku & bodyguard n cousin...
kadang2 aku ase lyn bola nie leh lepaskan tension...mane xnye...leh menjerit sekuat hati..lg2 bila dh skor goll..maunye menjerit gile2...secara x langsung hilang la tension lam jiwa nieee...hehehe..nk menjerit kt tepi pantai susah sgt..nk kne g pantai laa...lum tntu ag nk sampai bile..hehehe..bg aku layan bola nie mmg satu kepuasan..lg2 bila team yg kita sokong menang...mmg puas hati x terhingga..berbaloi laa ngan segala cabaran bermula dgn membeli tiket...aku pernh kne ludah ngan makhluk tuhan yg xbape betul aku rasa...mmg satu pengalaman la time tuu...aku ngana adik aku bkn men semangat ag nk g bli tiket...pg2 dh trun umah..semangat punye 


pasal sanggup tangguh sarapan...alih2 lum sampai d kauter dh kne ludah dek manusia gila...mcm2 hal..kdg2 beratur dh lame...tp lum smpai turn tiket dh habis...kdg2 time nk msuk stadium cam nk berperang...bila dh masuk lam stadium...nk cari port baiikknyee...kadang2 terpaksa berhujan..semata2 nk tgk team kesayangan beraksi...adakalanya satu ketika sampai hilang suara...tp semuanya aku redahi dengan penuh semangat...bg aku segala kesusahan n dgaan seakan berbaloi bila team kesayangan aku menang...seolah2 tiada apa yg nk diucapkan..




Aku, Apex & Adik aku...


Aku & Captain TRW @ Piya
Skarang aku dh mula gila nk bli brg2 TRW...benda pertama aku bli adalah beg TRW..beg tu aku wat isi telekong sembahyang...mula2 tu aku sekadar tgk je brg2 TRW nie..lame2 ase cam lawa lak...pastu time final piala malaysia last year aku dh mula bli t-shirt....nasib bek menang piala malaysia last year..kira berbaloi la pelaburan aku terhadap bju tuuu...hehehe..mula je musim 2011 nie..aku dh mula bli jersi TRW...skrg bile ke stadium sekurng2 aku aku dh de baju same cam org len..xde la sekadar pkai bju merah jeee...hehehe...pasnie niat2 di ati nk bli mafla lak...insyallah..dimurahkan rezeki akan aku miliki semua yg berkenan   dihati...hehehe...agak2 lau TRW leh g final tahun nie..mmg aku dh plan ngan partner aku @ adik aku tuk same2 merasai kemeriahan final di SBJ...harap2 semuanya akan terlaksana...insyallah...














Sunday, March 20, 2011

BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK



Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.
Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.
Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.
Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.
Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…
Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!
Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.
Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?
Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.
Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…
Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…
Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!
Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.
Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.
Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.
Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!
Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”
Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?
Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

tq 2 genta-rasa

Saturday, January 22, 2011

Nikon D3100..

My new entry...

lame x nulis...kali nie nk share bout my nikon d3100...tercapai gk impian nk miliki nikon niee..last2 dapat gk...mmg maut abis la posing trip nieee....best gk layan snap2 pic nie.,.,enjoy beb wa cakap luuuu...



--sempat snap pic mase g wakaf che yeh--





--make colek sedap gop nie--




--ryann..kicik2 dh pndai posing---


--men ujan ekk---



















Saturday, January 08, 2011

Jersi Baru..Semangat Baru...





TAHNIAHHHHH...!!!!

ase bangga lak bila tgk jersi TRW yg baru..meme kemah rrrr...comam...lg2 klu hok pakai jersi tu comam2 blake..ari nie adalah hari pelancaran jersi TRW untuk musim 2011 serta ngan majlis memperkenalkan barisan pemain TRW untuk musim 2011..walaupn sis xleh nk g ke mjlis tu tp berdasarkan pic2 yg sis tgk kt fb TRW mmg majlis tu happening...superb beb..!!!


Walaupn tahun nie kita tiada tonggak utama seperti yg sedia maklum..apa yg pasti, setiap yg patah pasti akan tumbuh berganti..ape yg diharapkan yg tumbuh adalah lebih baik dri yg patah...tapi kita x seharusnya trus menunding jari pada mereka yg telah berhijrah..kita perlu ingat bahawa mereka juga berjasa menyumbang kpd kejayaan team kita suatu ketika dulu...jasa kalian tidak kami lupakan..terima kasih pd mereka yg telah berhijrah....


Adakah tahun nie TRW bakal melahirkan bintang2 baru seperti Khairul Fahmi n Norshahrul Idlan...??? Diharap tahun nie dan tahun2 yg akan dtg lebih ramai pemain yg berstatus bintang lahir dari TRW..biar kita yg jd kilang pengeluar kepada produk2 yg bgs untuk negara..secara tak langsung kita dijadikan sebagai ikon bg negeri2 lain untuk mengikuti langkah perjuangan kita dalam bidang sukan...

NORFARHAN

SYED ADNEY
INDRA PUTRA


AZIZI MAT ROSE

HAI-O










AKMAL RIZAL

MEREKA PERNAH BERJASA PD TRW..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH...!!

Harapan untuk penyokong bg tahun nie..biar lah tanggal 29 Januari nie menjadi pencetus kepada segala perubahan..diharap bermulanya saingan Liga Super tahun nie tiada lg cerita2 panas..cerita2 negatif yg dilemparkan kepada penyokong setia TRW...sedarkah kita wahai penyokong TRW bahawa kitalah yg membangkitkan semangat dan bermulanya kegemilangan sokongan kepada bola sepak negara...Diharap kita terus menjadi contoh yg baik untuk di ikuti...biarlah tahun nie liga berlalu tanpa ada lg balingan botol..tiada lg dentuman mercun..tiada lagi pergaduhan...biar ape saja kata mereka..kita tahu siapa kita..buktikan yg kita penyokong TRW mempunyai standard yg tersendiri dalam LIGA MALAYSIA...untuk orang menghormati kita..kita sepatutnya terlebih dahulu belajar untuk menghormati org lain...insyallah semuanya akn berlalu dalam situasi yg baik...


Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Friday, January 07, 2011

Apa...Andai...Biar...Asal...





Apa yg ada pada paras rupa 
Andai itu akan menyusahkan
Apa yg di idamkan dengan kemewahan
Andai itu tidak menjamin kebahagiaan..
Apa ada pada kedudukan
Andai tidak memberi erti kemanisan hidup...

Biar tiada rupa
Asal tahu erti kesetiaan
Biar tiada harta
Asal tahu memberi kebahagiaan
Biar tiada kedudukan
Asal tau menghargai kasih sayang





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...