Thursday, December 30, 2010

Akhirnya MALAYSIA Juara....!!





syukur alhamdulillah atas kejayaan team harimau malaya yg berjaya menggengam piala SUZUKI buat julung kalinya...tahniah juga utk coach yg selama nie byk membimbing skuad malaysia...kejayaan demi kejayaan yg tercipta mampu menutup mulut2 jahat manusia yg menghina team malaysia slama nie...mmg malaysia berhak menang tuk kejuaraan ini...kesungguhan player2 mmg xdpt dnafikn lg...tahniah juga utk apex..walaupn ini adalah performance yg oertama ngan team malaysia....pd striker malaysia safee sali...(cute man..hehee)..kaki anda mmg berbisa...leh dkatakan semua yg terlibat mmg berjasa tuk membawa piala nie pulang ke malaysia...TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...!!!!

Monday, December 27, 2010

Malaysia selangkah menjulang JUARA..!!!









BANGGAAAAAAA yg teramat sgt ngan national team kita...berjaya benamkan ego sang garuda dengan 3-0...harimau malaya bawa bekal yg selesa ke indonesia untuk game 29hb nie...harap2 bekalan itu cukup untuk menjulang harimau malaya sebagai juara baru AFF SUZUKI CUP....MALAYSIA BOLEHHHHH...!!!!

Thursday, December 23, 2010

Malaysia vs Indonesia...





Tanggal 26 Disember 2010 menjadi tarikh keramat bg kita rakyat malaysia yg mana akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara malaysia dgn indonesia..agak2 la boleh ke malaysia kalahkan indon tu...pasti bolehhh...!!!1 malaysia ku bolehhhh....!!! PENUHKAN STADIUM KITA...STADIUM KITA HANYA UNTUK KITAAAAAA...!!!! ( walaupn aku kene keje..huhuhu)..


chaiyok..chaiyok..malaysia..

Thursday, December 16, 2010

Oh Lelaki! Oh Syabab! Oh Rijal! Oh Men!




Diciptakan semua berpasang-pasangan, ada siang dan malam, ada muda dan tua, ada terang ada gelap dan ada lelaki dan perempuan.
Usahkan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.
Segalanya ada dalam syurga. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.
Ingatlah dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Bentuklah dan luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak.  Mereka tidak akan lurus… Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya… Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya… Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayangAllah…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya… Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata… Tapi binalah kepimpinan… Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya… Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri secantik Ratu Balqis Seandainya dirimu tidak sekacak Nabi Yusuf.
shakshaf : Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah – sedutan lagu

Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup




KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad

Sumber: http://www.bharian.com.my

Monday, December 13, 2010

Bunga Yang Indah





Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Jodoh - Mencari Yang Terlalu Sempurna





Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Siapa Yang BerHAK..???




Kita...
Dilahirkan dengan sekeping hati yang menuntut kasih dan sayang sebanyak mungkin.
Manusia sangat tamak mengaut kasih dan sayang dari sesiapa jua.
Ada kala kita merasakan bahawa kita masih terlalu kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Dari siapa?
Daripada ibu dan ayah? Daripada kekasih? Daripada sahabat?
Lantaran itu, kita mahukan mereka hanya menjadi milik kita seorang.
Tidak mahu kasih sayang mereka tumpah pada insan lain. Tapi hanya pada kita.
Isteri manakah yang sanggup dan rela untuk berkongsi kasih sayang suaminya dengan wanita lain?
Ya.. jika kita tinjau, kita tanya, pastinya ramai yang tidak sanggup untuk dimadukan.
Kita mahu dia menjadi milik kita seorang, hak yang mutlak hanya di tangan kita seorang.
Kenapa perlu kasih dan sayang itu dibahagi – bahagikan sedangkan dulu kita bersusah senang hanya dengan dia? Kenapa sekarang kita perlu berkongsi hak pemilikan kita ke atas orang yang kita sayang dengan orang lain yang baru muncul dalam hidupnya?

Teringat pada kata-kata seorang ibu, "Kita tidak boleh tamak dalam mengharapkan kasih sayang seseorang.. kita bukan hak mutlak dia.. kasih sayang boleh dibahagi-bahagikan.. kita milik Allah.."
Memang tidak mudah untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang tiba-tiba berubah hati, tapi harus kita ingat hati manusia memang mudah berubah. Dia juga bukan milik kita. Sekalipun jiwa dan raga kita serahkan padanya itu bukanlah jaminan bahawa dia milik kita sepenuhnya dan kita miliknya sepenuhnya.
Maka, berpada-padalah dalam menagih cinta sesama manusia.
Harus kita ingat hanya Allah yang berhak secara mutlak ke atas setiap makhluk ciptaan-Nya.. Dia yang juga menghidupkan kita malah Dia juga yang berkuasa mematikan kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...