Sunday, December 05, 2010

PeMuTuS uKhWaH aHLi NeRaKa...




Firman Allah SWT : 

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwallah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. " ( Al-Hujarat. 10)

Di dalam islam, dinyatakan bahawa semua lelaki dan perempuan adalah bersaudara tanpa mengira kaum dan warna kulit tetapi dengan batasan pergaulan tertentu yang dibenarkan.

Islam jelas menyatakan, tatkala putus hubungan antara dua manusia, maka akan jatuhlah dosa berikutan ia juga tersenarai sebagai satu langkah syaitan dalam menghancurkan semangat "ukhwah" dalam masyarakat.

Hadis riwayat Abu Dawud menyatakan bahawa Abu Khirasy Al Aslami RA mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama muslim) lebih daripada tiga hari dan meninggal, maka ia masuk dalam golongan ahli neraka"

Untuk membuktikan betapa buruknya memutuskan hubungan antara sesama muslim, cukup dengan mengetahui bahawa Allah menolak keampunan mereka sebagaimana riwayat Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW menyatakan : "Semua amal manusia diperlihatkan (kepada Allah) pada setiap hari (yang tertentu), maka setiap hamba-Nya yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang diantara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan"

Maka, difirmankan kepada malaikat: "Tinggalkanlah atau tangguhkanlah (pengampunan untuk) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai." (Riwayat Muslim,4/1988)

Umat islam dianjurkan untuk bertaubat apabila memutuskan silaturahim sesama muslim, malah selain itu juga disyaratkanmembina semula hubungan silaturahim yang terpisah itu dengan memberi salam kepada rakan dimusuhi.

Jika ia dilakukan tetapi tetap juga ditolak oleh sahabat itu tadi, maka dalam keadaan itu dosa berkenaan akan ditanggung oleh sahabat yang tidak ingin berdamai tadi.

Menurut Ibnu Abu Jamrah, hubungan silaturahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan (kemungkaran), bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yg termampu daripada keburukan.

Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat dimana Rasulullah SAW bersabda: "Memberi sedekah kepada orang miskin dikira satu sedekah, namun memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu sedekah dan mngeratkan hubungan sedia ada ( Sunan ad-Darim)

Berdasarkan kitab Bujairimin Ala al-Khatib, orang yang mengeratkan silaturahim akan mendapat kelebihan iaitu mendapat keredhaan Allah SWT, memberi kebahagian, mendapat doa daripada malaikat, memperolehi pujian baik daripada masyarakat, mengisi kesedihan iblis, dipanjangkan umur, mendapat keberkatan dalam rezeki yangditerima, dihormati.

Oleh yang demikian, kita perlu mempereratkan hubungan sesama muslim terutama hubungan sudah retak itu dengan rasa kesedaram serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu tidak akan memperolehi keampunan daripada Allah SWT hinggalah diantara mereka berdamai. 

creadit to metro 5 Dis 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...