Sunday, November 21, 2010

Banyak Pahala Ibadat..Tapi Muflis Di Akhirat..




Sabda Rasullullah SAW : "Org yg muflis dlm kalangan umatku ialah mereka yg pd hari kiamat datang membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia, mereka pernh mencaci maki org, menuduh tanda bukti, memakan harta dgn zalim, membuhun dan memukul sesuka hati. Lalu pd hari kiamat, org yg dizalimi akn menerima pahala amal si penzalim"

"Jika pahala amlnya habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada org yg tdk berdosa masih byk, maka Allah SWT akan memberi pula dosa org yg dizalimi itu kepadannya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT mencampakkan dia ke dalam neraka." ( Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini,jelas bahawa da golongan yg menjadi muflis di akhirat dan mereka sebenarnya org yg memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Namun, semua pahala ibadat mereka habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati atau dizalimi,selain dibebankan dengan dosa org yg dizalimi.

Alangkah ruginya golongan muflis ini kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadat dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh org lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap org lain atau kezaliman yg dilakukan.

Sebagai seorng yg mengaku islam, kita harus bijak melayari kehidupan berdasarkn petunjuk dan panduan hadis serta al-quran sebagaiman firman Allah dalam surah Al-Infitaar, ayat 10 dan 11 yg bermaksud: "Padahal sesungguhnya, ada malaikat yg menjaga dan mengawasi segala bawaaan kamu (Mereka adalah makhluk) yg mulia ( di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)."

Bagaimanapun, persoalanya pada hari ini, ada dikalangan kita yg kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkhinati amanah sesama manusia.

Dalam mengejar kemewahan, mereka lupa solat, zakat, menunaikan haji dan sebaginya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniwai.

Selain itu, mereka tidak prihatin kepada hak sesama manusia, hak golongan fakir,miskin dan anak yatim. Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia dan ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.

Dalam kehidupan seharian kita perlu berhati-hati supaya tidak melakukan dosa, terutamanya dosa sesama manusia.Perlu difahami bahawa kehidupan di akhirat lebih perlu diutamakan kerana ia kehidupan yg kekal abadi.Kesejahteraan di akhirat memerlukan persiapan dan usaha yg lebih terangcang dan konsisten.

Oleh itu, sebelum menjadi "muflis" di akhirat, sama-sama kita menghitung diri kita, adakah sudah berada dalam gaya hidup yg diredhai Allah atau gaya hidup yg dimurkai Allah.Andainya kita dalam keredhaan-Nya, kita pertingkat dan gandakan lagi supaya ia lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Andainya kita menderhaka kepada Allah, segeralah bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah-mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi kehidupan akhirat yg penuh nikmatsebagaimana firman Allah dalam surat Ali-Imran, ayat 133 yg bermaksud: " Dan segeralah kamu kepada keampuanan daripada Tuhan kamu, dan syurga yg luasnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bg org yg bertakwa."




Credit to Metro 21 Nov 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...